BAB 1
10 tahun yang lepas…..
“Add Math,Kimia,Biologi,English…..Pergh!!!!Gila banyak homework!Ni dah tahap mendera.Agak-agak kalau aku report Teledera atas alasan penderaan mental dan fizikal,diorang boleh proceed tak report aku ni?”
Mia tersengih.Dah mulalah tu nak cakap merapu meraban.Mia kalau sehari tak cakap merapu,memang bukan Mia.Mumia barangkali…Muka je cantik tapi perangai,ya ampun!Suka buat orang lain senak perut dengan lawak spontannya.
“Takpe Mia,kalau Teledera tak nak proceed report kau,aku temankan kau buat laporan kat Biro Pengaduan Awam.Amacam,cara tak?”
Ni lagi seorang.Perangai memang sebijik macam Mia!Kalau seorang tu cakap merapu,yang seorang ni pula cakap meraban.Merapu jumpa meraban,maka,jadilah merapu meraban.Cantik sangatlah tu!Itulah Mia Qaisara dan Asyreen Adira.Dua sahabat baik yang terlalu akrab,macam adik-beradik.
Mia mengeluh lagi.Penat dengan pelbagai aktiviti yang terlalu padat.
‘Alahai….ngantuknya mata aku ni!Pinggang pun berkeriut semacam je.Entah-entah,dah reput kot tulang aku ni?Takpun,dah terkena penyakit osteoporosis tak?Huh,ni la malangnya jadi orang glamour macam aku ni.Semua jawatan orang nak kasi kat aku.Setiap kali mesyuarat persatuan atau kelab,mesti berduyun-duyun orang nak undi aku.(Taklah berduyun sangat sebenarnya…huhu!)Hmm…rasa-rasa akulah,kalau aku masuk politik bertanding pilihan raya,mesti rakyat sebulat suara pilih aku jadi Perdana Menteri.Time tu,orang pertama yang aku nak buang negara,sudah semestinya Cikgu Thambirajah!Ini disebabkan kegelapan wajahnya yang seiring sejalan dengan kegelapan hatinya yang selalu marah-marah aku sebab tak buat homework Add Math dia.(Padan muka aku.Siapa suruh tak buat homework…Heheh…)’Mia mengomel sendirian di dalam hati.
“Woi!Kot ya pun nak termenung,nanti-nantilah wei…Aku ada hot story ni.Sepanas goreng pisang makcik kantin ni.”
Asyreen menyergah sekaligus mematikan lamunan Mia.
“Kau ni,setiap detik,minit dan waktu,mesti ada hot story.Bukan Asyreenla namanya kalau sehari tak dengar gosip dari mulut kau.”
Mia tersengih.Usik-mengusik sudah jadi lumrah alam bagi dia dan Asyreen.Tiada istilah kecil-kecil hati.
“Ala…Jangan salahkan aku di atas kekepohan diriku ini.”
Asyreen membuat muka kesian bercampur poyo.
“Habis tu nak salahkan siapa?Aci jual aiskrim sebelah rumah kau tu ke?”
“Salahkan ibu mengandung.Huhu.Yang membawa makna,mak aku masa dia tengah mengandung dulu.Dia waktu ngandungkan aku dulu,hari-hari tengok Melodi.(Menipulah tu,Melodikan bersiaran seminggu sekali..Ceh!)Hari-hari baca ruangan gosip kat majalah.Sebab tu keluarlah aku yang ala-ala Nas Ahmad,Ogy Ahmad Daud dan seangkatan dengannya.”
Asyreen buat muka bangga yang teradun sikit dengan wajah riak.Bangga sangat ke jadi kepoh Cik Asyreen oii…?
“Kalau macam tu,jom aku temankan kau jumpa Pengetua.Tak boleh bertangguh ni.Mesti pergi sekarang juga!”
Mia buat-buat serius.Dahinya sengaja dikerut-kerutkan bagi mendapatkan impak lakonan yang berkesan.Ceh Mia…Boleh kalahkan Erra Fazira ni!
“Apasal nak jumpa Pengetua?Ish…Pening aku!”
Asyreen buat muka tak faham lagi blur.
“Yela,dah kau juga yang cakap yang kau tu ala-ala Nas Ahmad,Ogy Ahmad Daud…So,aku nak ajaklah kau tu jumpa Pengetua,minta berhenti sekolah je.Lepas tu,kau boleh apply kerja kat TV3.Buat ruangan gosip.Senang,tak payah susah-susah nak belajar.”
Mia ketawa mengekek.Geli benar hatinya dapat mengusik Asyreen.
“Yelakan,pandailakan kau ni.Bila aku dah berhenti,kuranglah saingan kau nak tackle abang handsome anak makcik kantin kita nikan?Mentang-mentanglah aku ni pencabar terdekat kau dalam ini pertarungan.Guna taktik kotorlah tu .Tahulah aku ni cantik,cute,ayu,anggun……Tergugatlah tu!”
“Ceh…Tak payahlah kau nak perasan lebih-lebih.Kau ni ibarat goreng tempe makan sendiri.Buat malu kaum je..”
“Ada ke peribahasa goreng tempe makan sendiri?Setahu aku masuk bakul angkat sendiri.”
Asyreen dah start buat muka blur.Biasalah Asyreen,kalau sehari tak blur,bukan Asyreenlah namanya.
“Memang ada peribahasa macam tu.Aku baru daftar kat Kamus Dewan edisi terbaru semalam.”
Mia buat muka serius.Padahal dalam hati dah menggelegak ketawanya.Maaf ye Cik Asyreen oi..Siapa suruh pilih aku jadi kawan baik.Dah pasti-pasti kawan baik kau ni dah disahkan sewel oleh rakan-rakan seperjuangan,sahabat handai,rakan taulan dan sesiapa yang mengenali diri ini.(Bukan disahkan oleh Tanjung Rambutan ok…)
“Dahla kau ni Mia.Asyik nak kenakan aku je.Kau nak dengar ke tak nak ni?Kalau tak nak,biar aku story-story kat orang lain je…”
Asyreen buat-buat merajuk.Dia tahu Mia pasti akan memujuknya.Yela,diakan bestfriend forever,ever end ever Mia.Kalau dia merajuk dan menyepikan diri,pasti hari-hari Mia akan suram dan gelap-gelita.Ececeh…Cik Asyreen oi..Penting sangat ke awak tu sampai boleh menyuramkan hari orang?
“Alolo…Janganlah merajuk Cik Asyreen sayang….Ye lah,aku dengar ni.Hah,ceciter..ceciter….”
Dalam nak memujuk Asyreen yang merajuk,sempat jugak Mia melawak.Dan impaknya,Asyreen pun melayangkan cubitan mautnya di lengan Mia.
“Hah,padan muka kau!Siapa suruh main-main je.Kan dah kena..Hmm..Kau duduk diam-diam sekarang and dengar apa yang aku nak cerita.Akal dan minda aku dah tak mampu nak memproses mesej untuk disampaikan ke hati aku agar bersabar lebih lama lagi.Moral of the story,aku dah tak boleh nak sabar lagi untuk menceritakan hot story aku ni kat kau.So,pasang telinga dan jangan menyampuk because cerita ini tiada siaran ulangan.”
‘ Hisyh,Asyreen ni…Tadi dia yang marah sangat bila orang buat lawak.Sekarang ni,dia pulak yang start nak buat lawak bodoh.’Mia mengomel.
“Ye lah,sila mulakan cerita anda.”Mia senyum.
“Pagi tadi Cikgu Hasnah suruh aku hantar fail kat bilik GPK.So,aku dengan ayunya pun menujulah ke bilik GPK demi melaksanakan misi penting yang diletakkan di bahuku ini…Auw…!”
Asyreen tiba-tiba menjerit.Rupa-rupanya Mia yang jadi ketam pula dan menghadiahkan Asyreen cubitan indah kerana lawak-lawak bodohnya.
“Hah…Sedap tak?Agak-agak nak lagi tak?Kalau rasa-rasa nak kena lagi,silalah membuat lawak-lawak sedemikian di saat aku tengah serius mendengar ceritamu ini…”
Mia sengih.Asyreen memuncungkan mulut sambil mengusap-usap lengannya yang dicubit Mia.Merajuklah tu.Nak minta Cik Mia yang jelita ni pujuklah tu.Harap maaf ye.Cik Mia failed kalau bab-bab memujuk orang.Kalau pujuk boyfriend tu,Cik Mia expert lah..Ish Mia,gatalnya..!Jangan contohi Mia ye dalam bab ni.
“Apalah kau Mia,sakit tau tangan aku ni!Tak nak lah aku cerita lagi.”
“Ala,dah kau yang cari pasal dulu siapa suruh?Aku punyalah serius nak dengar,kau boleh pulak nak main-main lagi.Ala,lagipun bukannya sakit sangat pun kan?Kau ni manja je lebih kan?”
“Otak kau tak sakit!Meh sini aku cubit kau pulak,tengok sakit ke tak.”
Asyreen mengacah-acah hendak mencubit Mia.Mia mengelak sambil mengekek-ngekek ketawa.Geli benar hatinya melihat muka Asyreen yang macam cencurut tak cukup umur tu.
“Oklah,sorry ye..Silalah sambung cerita anda yang terganggu tadi.Saya menunggu dengan sabar dan tawadhuk ni.”
Mia sengih lagi mengusik Asyreen.Asyreen jelirkan lidah ke arah Mia.Pandangan rakan-rakan sekelas yang kehairanan dengan perangai mereka yang tidak ubah seperti kanak-kanak tidak cukup umur ini,tidak dihiraukan mereka.Bagi mereka,baguslah kalau dianggap kanak-kanak.Bukan ke awet muda tu…Ceh!
“Hmm,aku sambung cerita aku ni.Sampai je kat bilik GPK,aku tengok Cikgu Hannuar tengah bercakap dengan seorang mamat ni.Pergh…hensem giler!Terpana aku dua saat.Aku pun dengan cover cantik,kasilah fail Cikgu Hasnah kat Cikgu Hannuar.Lepas tu,Cikgu Hannuar minta tolong aku tunjukkan kelas 6 Atas 1 kat mamat hensem ni.Pergh,memang langkah kanan aku pagi ni!Agaknya semalam aku banyak buat pahala kot..(Perasan ni..Jangan tiru..Jangan tiru..)Aku pun apa lagi,dengan senang hati tunjukkan kelas kat mamat tu.Bila berjalan berdua je dengan dia,aku rasa macam aku ni Cinderella dan dia tu prince charming aku.Terasa macam dialah jodoh yang ditakdirkan untuk aku.Hati aku time tu dah berbunga-bunga cinta dah.Tapi….”
“Tapi apa?Jumpa mamat hot pun,ada tapi-tapi lagi ke?”
“Memang ada pun…Ada yang tak syok lah….”
“Apa yang tak syoknya?Kau ni banyak betul yang tak kena.”
“Memang ada pun yang tak kena.Tapi malaslah aku nak cerita kat kau.Nanti kau gelakkan aku.”
“Banyaklah tak cantik muka kau!Mana boleh nak cerita short cut-short cut.Baik kau habiskan cerita kau ni sebelum aku lempar kau Segitiga Bermuda,biar kau hilang ditelan bumi!”
“Mak aihh..Kejamnya kau ni!Ye lah,aku cerita,tapi kau janji jangan ketawakan aku ok?”
“Ye lah,aku janji.”
“Ok,mamat yang aku cakap tadi tu memanglah handsome tahap dewa-dewa.Tapi,masalahnya bila aku cakap dengan dia,dia buat bodoh je.Buat macam aku tak wujud je.Dah lah aku hantarkan dia sampai kat kelas dia yang kat tingkat 4 tu,tapi dia tak ucapkan terima kasih langsung!Tengok aku pun tak!Dia tak tahu ke tak pernah lagi ada lelaki yang tak tengok aku.Seantero dunia nak tengok muka aku yang jelita ni tau!Geram betul aku!Muka je handsome tak hingat,tapi no manners!”
Mia ketawa sampai terhinggut-hinggut bahunya.Kasihan Asyreen,buat baik tapi tidak dihargai.Tapi bab jelita,tu Mia tak setuju ye..Mia lagi jelita ok..Dan,mana ada seantero dunia nak tengok muka awak tu Cik Asyreen oi…Seantero kelas pun belum tentu..Huahuahua!Kejam statement tu Mia..
“Oit!Kau janji tak nak ketawakan aku!Apa punya kawanlah ni!”
“Aku janji tak nak ketawa.Tapi aku tak janji aku tak gelak kan?So,sekarang ni aku tak ketawa.Aku gelak je.Hahaha!”
Mia menyambung tawanya.Asyreen pula tarik muka empat belas.Asyreen,Asyreen…Kalau dia tarik muka enam belas,dua puluh satu atau seratus sekalipun,ada Mia kisah?
bersambung...
**********
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home